Saturday, September 24, 2011

Anak Murid Kesayangan ~





Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu. Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih,tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.


Suatu hari,guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang dan masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu, dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.



Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih. "Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?"tanya guru. "Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa." "Maksud kamu?"tanya guru itu lagi.Murid itu pun berkata "dimana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat."ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu.

Wallahualam..

Friday, September 23, 2011

Dua Iklan Thailand Yang Menyedihkan ~



Hye semua!! =D
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Merujuk pada tajuk di atas, korang boleh teka tak apa yang saya ingin kongsikan?? Tak nak bazirkan masa, so straight to the point terus.

Pada suatu hari, saya sedang ber'blogwalking' , pastu terjumpa pasal entri ini. Entri itu menceritakan pasal iklan Thailand yang berjaya buat penontonnya menangis. Walaupun hanya beberapa minit iklan tu, tapi berjaya menyentuh hati penontonnya. Hebat tak?? Memang tersentuh hati tengok iklan itu. So, pada sesiapa yang nak tengok video iklan itu ready dengan tisu ya! just kidding *winkwink

Tadaa!! Ini dia iklan itu. Selamat menonton.

Iklan 1 :
 Silence of love (official english subtitle) TVC



Iklan 2:
Extraordinary Pantene Commercial

Ada respon? Kalau iklan satu tu berjaya buat saya tersentuh. Iklan dua pula bagaimana?? hmmm... yang itu kurang sikit tapi tak tahu la korang pula bagaimana.. hehe