Thursday, December 13, 2012

Kamera Dicipta oleh Saintis Islam! WOW!!




sumber : weheartit.com



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua! Apa khabar ek?


      Terkejut tak? terkezzut tak dengar pasal ni? ok, mungkin saya yang terlebih terkejut kot.  actually, mula2 tu ada la jugak rasa shock bila dapat tahu, tapi  takder la terkejut sangat. WHY??  coz semua umat Islam patut tahu (patut ke? ntah la) yang sebenarnya tokoh-tokoh dunia sains seperti astronomi dan lain-lain lagi mulanya dikuasai oleh ulamak-ulamak Islam. tapi negara barat saja jer cakap yang orang dia yang mula2 menguasai duni sains ni.  tak percaya ker? takpe tak paksa pon. tanak paksa paksa ni , hee~


   selamat membaca~


okey, sumber : www.isuhangat.net  



        Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.


Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.


Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.






Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.


Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.




               

Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.





Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.


“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.


Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.


Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.



Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).


Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).


Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.


Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.


Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.


Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.




p/s : semua maklumat ini di'copy & paste' dari  www.isuhangat.net




ok, bye bye, itu sahaja. hope you alls like it. <bigsmile> 





Tuesday, November 20, 2012

BOYCOTT ISRAEL! IT'S THE LEAST YOU CAN DO...



Bismillahirrahmanirrahim...


Haa! siap tulis dengan HURUF BESAR lagi tajuk tuh. Jom la kita sama-sama boikot barangan Israel Laknatullah ini. Sekurang-sekurangnya dapat gak lumpuhkan ekonominya walaupon secoet je.


Atau tak rasa kesian langsung kat saudara kita di Gaza? (Nauzubillahiminzalik) TAPI, jangan pulak lupa doakan mereka di sana.
semua tahukan  doa ialah senjata mukmin. jadi janganla sengaja tak nak doakan mereka, ya? ya? ya?
ini ada beberapa keping gambar produk yang patut kita boikot :











yang sebenarnya mungkin banyak lagi kot. tak tau, Wallahu a'lam...


p/s: gambar diatas bukan kepunyaanku, ok bye. JOM SAMA-SAMA KITA BOIKOT ISRAEL









Thursday, November 8, 2012

My Splash Screen Art

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hye semua! <tak jawab salam dosa,jawab dapat pahala>


Here is my first art I post in my blog. <betul ke grammar ni?>
Sebenarnya tak tau nama apa benda ni, tapi bila dok usha GIMP tutorial jumpa yang ni.
Nampak macam senang je nak buat, terus cuba dan nahh!! ini dia hasilnya.




amacam? comel tak? <huh, perasan betul>jangan curi tau.

Oh, lupa nak bagitau, GIMP ni macam Photoshop la jugak, tapi ia free jek. Boleh download sini.
Berkenan nak design yang lebih cantek? Ini dia tutorialnya ---> klik sini.   Yelar korang kan lebih kreatif, so mesti lagi shantek kan, kan? Kite ni tak kreatif sebab tu la tak cantek mana (atau memang tak cantek pon)









Sunday, January 29, 2012

Couple vs Kahwin



Assalamualaikum sayang!
Perasan tak blog ni penuh dengan entri yang copypaste? Dah sah tuan belog ini seorang copyhamster. huahua Tengok gambar kat atas tuh, sweet kan kan?  rasa macam pernah tengok jer cartoon ni. tapi kat mana ekk.. nggak ingat deh

Tadi masa online facebook terjumpa post kat bawah ni. Apa yang dicopy ini betul ke?* jawab untuk diri sendiri.

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.
2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. 
3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang. 
4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin. 
5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing. 
6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Taat setia sebelum kahwin dulu habis hilang bagai.


Nampak sangat ia copypaste. Haa! dah terbukti tuan belog ini seorang copyhamster.byebye lain kali jenguk la lagi.


Monday, January 2, 2012

Jangan menunggu.....



Bismilahirrahmanirrahim.
*esok dah kena pergi sekolah.huargh!! baut imma happy =] tadi ada online my fesbuk jap. tuptup, terjumpa ini. Sangat menarik infonya.

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya
 3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan... 
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
          7. Jangan menunggu homework, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak ruang,baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
 10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti. 
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan. 

12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah!