Wednesday, July 27, 2011

Saya Manusia, Bukan Kambing...



Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia terketar-ketar ketakutan.


  Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya,"Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau.Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."

  Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing.

  Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.

  " Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar.
  " Saya manusia."
  " Bukan kambing?"
  " Bukan, saya manusia."
  " Cuba ulang," pinta doktor.
  " Saya manusia. Saya manusia. Saya manusia."
  " Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi."

  Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi ramai.

  " Takut. Takut. Saya nak pulang."
  " Eh, kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing."
  " Ya, ya, saya yakin saya memang manusia. Tetapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya seekor kambing?"



Pengajaran : Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Dia sentiasa rasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.

p/s : Dipetik daripada majalah Solusi.


1 kata-kata:

Aziemah Gekozen said...

ingatkan dia takut sbb die nampak org lain da jadi kambing...hehe ^^