Saturday, December 10, 2011

Rantai Burung Hantu Haram??

Bismillahirrahmanirrahim..


Sebelum saya mulakan, saya mahu letak sesuatu boleh? boleh tak korang cuba tekan link ini. Sudah tekan? Tuan belog sudah tekan, korang bila lagi. 


------------

Terlebih dahulu harap maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum setiap muslim untuk memimpin muslim yang lain


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat Islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk , 


orang kata : -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"

Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .





Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang Islam .



















KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA 

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.




Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kamu itu lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun, malah berdosa !

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek  yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada  ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W  yang memberi amaran  tentang azab seksa  yang akan ditimpakan kepada mereka  yang mengukir patung pada hari kiamat  kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu  yang dimuliakan atau  ada unsur-unsur  penghormatan. Oleh itu , meletakkanya  dengan tujuan perhiasan  adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan  memasuki rumah  yang terdapat patung.


SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak  akan memasuki  rumah yang terdapat  di dalamnya  patung-patung  atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.

maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah tanggungjawab bersama untuk menyatakan kebenaran.

aku sayangkan korang kerana korang semua saudara aku. saudara sesama Islam.  justeru, aku pon post la pasal benda nih apabila aku sedang ber'blogwalking'. 

Wallahualam...

Credits 99.99% : Haiyum Hafiz





Tuesday, December 6, 2011

Uniknya Maksud Nama Bulan Islam ~

                                                                                                                                           


Bismillahirrahnirrahim....

Korang semua mahu tahu sesuatu tak? Click here to know more. ok thank you vely much.
---------------

Hari ini hari Selasa, 10 Muharram bersamaan 6 Disember. Korang tentu dah tahu bahawa pada 9 dan 10 Muharram sunat berpuasa. Rasulullah SAW dan nabi nabi terdahulu selalu puasa pada tarikh tersebut. Ops! okey dah lari tajuk ni.

Dah tengok tajuk di atas? Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya. Tahukah kamu? Kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi. Kebanyakn nama  tersebut timbul  sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar berlaku.

Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1.Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – (محرّم) 
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2.Safar (ﺻﻔﺮ) 

Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3.Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ) 

Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ) 

Bulan kedua musim bunga.

5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ) 

Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ) 

Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7.Rejab (ﺭﺟﺐ) 

Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ) 

Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ) 

Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ) 

Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة) 

Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة) 

Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


Korang lihatlah sendiri  betapa uniknya Islam ini. btw credit to Ustaz Shafiq Wallahualam..

Saturday, December 3, 2011

Contest Blog Simple But Awesome by Nurul Hanani~




Bismillahirrahmanirrahim...

Ini adalah first contest yang saya masuk. Selama hampir setahun saya jadi blogger, inilah first time saya join mana-mana contest. Saja jer join, mahu cuba nasib.

Syarat-syaratnya :

- A Malaysian blogger
- Mesti ada blog
- Follow Hananitak wajib )
- Buat satu entry tentang contest ini dan letak banner contest itu sekali
- Tag rakan blogger ( tak wajib )
- Paste link entry di tapak komen blog Hanani


hadiahnya pon menarik. korang join la sekali.


Friday, December 2, 2011

Wonderful day~




Bismillahirrahmanirrahim..

Hai evelibadi! Hari ini saya tak tau nak post pasal apa. Sepatutnya sekarang ini saya berada dalam kelas. ada tusyen. Tapi bangun 'awal' punya pasal, sekarang duk kat rumah mengadap lappy.Ececeh.. bagun awal la sangat. Jikalau bangun awal kenapa duk mengadap benda nih. =P  Tak tau nak edit apa dalam blog ini. takdek mood nak edit =.='

Tiba-tiba pulak nak tukar header. Cantik tak header yang baru?? mestilah cantik. haha. Saya edit guna GIMP jer. Bukannya guna Adobe Photoshop. lagipun tak berapa mahir mahu guna benda tuh. Tujuan saya tukar header adalah sempena tahun baru Maal Hijrah. Dan  kebetulan hari ini 1 December.

Bulan December? Dah bulan December dah.. Dah tak lama lagi  budak budak sekolah untuk bercuti. Calon SPM pon dah ada yang sudah habis exam. Woo!! Merdeka dah diorang. Best la diorang, tak payah pergi sekolah dah. hehe++   Tapi best la dapat pergi sekolah. Di sekolah kita dapat bergurau-senda dengan kengkawan kita, boleh jumpa ngan cikgu cikgi dan macam-macam lagi.

Berdebar pulak rasanya coz tunggu result exam sampai rumah. Hati saya merasakan result akhir tahun ni merosot. Entahla kenapa, mungkin sebab saya terlalu 'rajin' buat kerja rumah kot. Tapi bukan tak siap homework yang cikgu bagi, cuma buat last minute. hihi  *kantoi dahh.... Pada malam sebelumnya baru siapkan semuanya.

okey ini sahaja dari saya. bubye dear reader. <3  Wallahualam.

p/s : comel pic tu.btw Selamat Tahun Baru buat semua muslimin dan muslimat.
!كل عام وانتم بخير