Saturday, February 23, 2013

Makanlah Apa-apa Sahaja Ketika Usia Muda Ini nanti...



source: weheartit.com

 "Makanlah apa-apa sahaja yang kamu mahu sewaktu muda ini, nanti apabila sudah tua, dah tak boleh mahu makan makanan yang macam-macam (maksudnya kena konrol makan la ni kot)."


   Cuma mahu bagi pandangan pasal statement ini je. tak usah amik serious. taknak baca terus pon tak mengapa (eh ada ker orang baca blog ini?) huhu  -_-' Alkisah la, ada seorang hamba Allah ni cakap macam tu kat kawannya. jadi, terfikirla juga pasal ini. Maksudnya, masa kita muda-muda makan la apa-apa pon yang kita mahu, sebab nanti bila kita dah tua, kita dah tak boleh nak makan macam-macam  sebab... kebanyakan orang bila dah tua ini datang macam-macam penyakit, misalnya diabetes, darah tinggi, dan macam macam lagi la. so, mereka haruslah jaga pemakanan mereka kan? (apa yang saya faham ni, kalau silap tolong perbetulkan?ya?)


     Apapun, betul ke statement ini? Pada PENDAPAT SAYA la, ok ulang sekali lagi, PENDAPAT SAYA,
saya kurang bersetuju sikit la. awat tak setuju pulak? kan dah betol tu?


    Memang la dah betul, takkan la sampai nak makan makanan manis sikit pon dah tak boleh  tapi...............
Misalnya kalau semasa usia muda ni kita banyak makan junk food, instant food macam gula-gula, air-air berkarbonat,mee segera dan banyak lagi makanan yang tak berapa nak sihat, boleh ke macam tu? Kalau makan jarang-jarang tu takpe la jugak, tapi ini kalau dah selalu? amacam? tak dinafikan saya pon makan jugak...


 kalau lah ikut statement itu, maka tidak hairanlah kenapa ramai kanak-kanak sudah menghidap pelbagai penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat sekarang ini.

    Pastu, kalau masa zaman kanak-kanak sudah ada penyakit nanti bila dah remaja, dewasa, boleh ke mahu makan apa sahaja lagi?dah tak boleh kan?  kalau tetap juga mahu makan, mesti lagu teruk panyakit itu kan? walhal, doktor juga mesti akan beri nasihat supaya jaga pemakanan kita. tak sampai tua pon lagi masa tu.


   jadi,,,  konklusinya, jagalah pemakanan kita tak kira tua atau muda. kita mesti ingat kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.  anyway, siapa yang mula-mula cipta ayat ini, huh? I pon tak tau.



p/s: saya tak salahkan pasal statement itu, cuma mahu bagi pandangan jer, you get it? good!


source : weheartit.com



Wallahu 'alam.....




   







   




Thursday, December 13, 2012

Kamera Dicipta oleh Saintis Islam! WOW!!




sumber : weheartit.com



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua! Apa khabar ek?


      Terkejut tak? terkezzut tak dengar pasal ni? ok, mungkin saya yang terlebih terkejut kot.  actually, mula2 tu ada la jugak rasa shock bila dapat tahu, tapi  takder la terkejut sangat. WHY??  coz semua umat Islam patut tahu (patut ke? ntah la) yang sebenarnya tokoh-tokoh dunia sains seperti astronomi dan lain-lain lagi mulanya dikuasai oleh ulamak-ulamak Islam. tapi negara barat saja jer cakap yang orang dia yang mula2 menguasai duni sains ni.  tak percaya ker? takpe tak paksa pon. tanak paksa paksa ni , hee~


   selamat membaca~


okey, sumber : www.isuhangat.net  



        Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.


Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.


Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.






Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.


Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.




               

Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.





Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.


“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.


Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.


Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.



Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).


Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).


Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.


Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.


Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.


Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.




p/s : semua maklumat ini di'copy & paste' dari  www.isuhangat.net




ok, bye bye, itu sahaja. hope you alls like it. <bigsmile>