Wednesday, November 9, 2011

I'm the ugly one~




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua! #jawab salam dulu tu!

Tengok tajuk kat atas tuh, nampak? Sememangnya diri ini mengaku tak cantik. Saya tidak berasa sedih pun  #walaupun terselit sikit  :p  malah berasa bangga la jugak. Nak buat macam mana lagi? Dah takdir Tuhan kan? Mengapa saya berasa bangga pulak? Sebabnya Tidak Cantik macam kamu semua pun, tetap ada kelebihan jugak. Nak tahu sangat apa dia?



Sebabnya...
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak    menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain.
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

Cantik itu adalah apa yang Allah kata cantik.. Apabila Allah SWT suruh tutup aurat, maka tutup aurat itu adalah cantik.. Apabila Allah SWT suruh menjaga adab, maka beradab sopan itu adalah cantik.. Apabila Allah SWT menyuruh menjaga malu, maka menjaga malu itulah cantik. Ohh! betapa indahnya perancangan dari Allah SWT.

Ada faham kenapa saya bangga? Kalau yang memang  cantik dan comel tu, harap jangan terasa hati pula. Tidak bermaksud mahu sakitkan hati kamu yang sentiasa 'segar' itu. Entri ini cuma mahu 'sedap'kan hati saya jerk. Okey, byebye! Tata!
Wallahualam...

0 kata-kata: