Monday, October 12, 2015

Kisah Seorang Ulama' Dan Pramugari~

Iklan jap, klik here
------------





Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu'.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan sink.
(dengan suara dikeraskan..) 

Ulama': Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? 
(dengan suara lembut dan penuh rendah diri…)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari. 
(dengan sifat angkuh…) 

Ulama':  Maafkan saya jika kata-kata saya nanti membuatkan saudari terasa, Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari. 
(dengan sifat bersahaja….)



sekadar renungan bersama =]
credits : Amira Studio

0 kata-kata: