Monday, October 12, 2015

Kisah Seorang Ulama' Dan Pramugari~

Iklan jap, klik here
------------





Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu'.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan sink.
(dengan suara dikeraskan..) 

Ulama': Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? 
(dengan suara lembut dan penuh rendah diri…)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari. 
(dengan sifat angkuh…) 

Ulama':  Maafkan saya jika kata-kata saya nanti membuatkan saudari terasa, Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari. 
(dengan sifat bersahaja….)



sekadar renungan bersama =]
credits : Amira Studio

Wednesday, October 7, 2015

"Asyik Berkepit Macam Belangkas jer"

Bismillahirrahmanirrahim...
Well, hello!
kenal tak binatang apa ni?



ni la dia belangkas. Pernah dengar tak pasal berkepit macam belangkas? ala.. dialognya lebih kurang macam ni la....


A: Eh, cuba kau tengok  dua beradik tu, macam belangkas dah, asyik berkepit jer.
B : a'ah...

[lebih kurang macam ni la kot ayat nya]


Sebenarnya tak pernah terlintas pon (kot) dalam hati apa ke benda itu belangkas. huhu kesian kan? sampai la masa ada majlis kat sekolah, penceramah tu cakap pasal hukum makan belangkas.


Pastu beliau cakap la rupa belangkas tu macam mana sebab ramai juga yang tak tahu macam mana rupa habitat ini. Dan hari ini baru la ada masa mahu search kat google maka, terhasil la entri ini. yeay! setelah sekian lama blog ini terabai.


Mesti ramai kan confuse halal tak makan belangkas kan? rupa pon macam penyu kan? penyu kan tidak halal dagingnya, tapi halal telurnya. Apabila dikaji, tahulah bahawa haiwan ini hidup bergantung kepada insang macam ikan. So, belangkas halal dimakan .


ok, ini sahaja kot yang pasal belangkas dalam entri ini.
kalau mahu  tahu lebih lanjut sila rajinkan diri anda meng'google' ya?


ni dalam wikipedia
ni hukum makan belangkas


akhir sekali, segala kesalahan fakta/info harap diperbetulkan. kalau ada silap, tolong cakap ya.


Monday, October 5, 2015

Make Ice Cream Like a Boss In Two Minutes!~


source: weheartit.com


Bismillahirrahmanirrahim...
Hai dan salam jumaat semua!


Wow,wow,wow! buat aiskrim hanya dalam dua minit jer. boleh percaya ker? macam mana tu? takkan letak dalam fridge 2 minit dah beku? haish, macam mustahil je kan.


tapi, rileks dulu, jom tengok video ni, kemuadian baru la ____________(isi sendiri punya)









hebak kan? tapi still confuse, dry ice ni tak bahaya ke nak makan? tapi kalau bahaya takkan dorang berani buat pulak kan? i wonder!


bye!~


Monday, September 14, 2015

Oreo Blizzard!

1312896-10-1327934860389_large


Assalamualaikum all!


Ok! beralih pada Oreo Blizzard. sapa yang pernah makan McFlurry kat old  McDonald had a farm tu? Sedap hingga menjilat bekas kan? Tapi takkan nak pergi hari-hari kot kat situ. Tak letih ke hari-hari ke sana? Kita kenalah berjimat-cermat bak kata PM kita.huahua

Ini resipinya:

Apa yang awak-awak semua perlukan?

6 oreo //semestinya.
1/4 cawan susu //untuk membolehkan blender berputar
4 scoop besar vanilla ice creamblender.

Macam mana nak buat?

1. Mula mula sediakan semua bahan kat atas. Pastikan semua ada.
2. Pastu, masukkan 4 scoop besar ais krim dan oreo // patahkan 4 bahagian dulu oreo itu
3. Then, tuangkan susu ke dalam blender.
4. Sekarang jom kita start blender kita. Mulakan dengan higher dulu [sesetengah blender 'pulse']
5. Ulang sampai puas hati.
Serve and enjoy! senangkan

Antum dan antunna semua dah faham? kalau tak faham tengok kat cok.

Sunday, January 18, 2015

Khasiat Inai~




source : wikipedia


Bismillahirrahmanirrahim....
apa khabar semua ya? sihat aihat ke adik kakok?

Hari ni saya nak cakap pasal inai. inai ni selalu pengantin yang guna  kan? pastu dilukis pula dengan corak corak yang menarik. tapi kena ingat, jangan minta dilukis dengan corak corak berupa haiwan, takut jadi haram. 


Kalau kecil-kecil dulu, selalu je budak perempuan ni pakai inai ramai-ramai terutama sekali masa dekat raya.  amik daun inai kat pohon pastu tumbuk sampai puas hati dalam lesung. betol dok? tapi sekarang ni orang dah tak pakai dah inai daun (bukan semua la), skang ni orang  pakai yang dalam tube/bekas yang express punya yang selalu orang pulang dari Mekah bagi kan,kan?,  tak payah susah susah cari daun pastu tumbuk...


 pastu pergi sekolah cikgu pon tanya , "eh, baru kawin ker" haha  eh, dah terlalut sampai ke situ pulak dah (terlalut? apa tu)  . bagi yang tak tahu apa dia inai,  meh kita baca apa itu inai.


Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis sebenarnya berasal daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.Ia dibawa orang Mongolia ke India pada kurun ke-12, namun ada pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi dalam kajiannya pula menemui bukti bahawa inai sudah digunakan orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu sejenis pewarna merah dipercayai inai. 


Rahsia merah inai

Daun ini mempunyai kandungan bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang ada dalam asid itu bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku serta rambut.



Kelebihan


Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutama pada daunnya. Selama berkurun lamanya inai digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utamanya ialah sebagai ejen penyejuk.
Seperti amalan kaum India yang menggunakan daun inai yang disapu pada kulit untuk menyembuhkan sakit kulit, bisul dan melepuh, ia juga turut digunakan untuk menyembuhkan sakit kepada dan rasa panas pada kaki.



Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis pada sekeliling kuku. Caranya adalah dengan membersihkan daun terlebih dulu, ditumbuk sehingga lumat. Kemudian gunakan ramuan itu untuk disapu pada tempat yang sakit.



Daun ajaib ini juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Hanya minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang halus. Nescaya perut yang sakit akan pulih.



Serbuk daun inai pula boleh digunakan untuk menyembuhkan luka ketika berkhatan, bisul, penyakit kulit dan sengal tulang. Malah, sesiapa yang mula gusar apabila rambut mula menipis, mungkin boleh anda cuba petua turun temurun ini. Rebus minyak biji sawi bersama daun inai dan disapukan pada kepala.



Bagi kaum India, air daun inai digunakan sebagai astrigen yang boleh mengecutkan tisu organik sekali gus membantu mengawal pendarahan berlebihan. Malah, mereka juga percaya, amalan berkumur dengan daun inai boleh membantu menyembuhkan sakit tekak.



Merawat penyakit wanita


Wanita yang berdepan dengan masalah haid berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Masyarakat Melayu sendiri mengamalkan meminum jus daripada daun inai segar untuk merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi yang tidak terkawal.




FAKTA
1. Kulit batang inai - boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.
2. Bunga - merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.
3.Akar - digunakan untuk merawat bisul.
4. Daun - air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil.

credit to : http://koleksimama.blogspot.com/2009/05/khasiat-inai.html
              http://www.ibs.upm.edu.my/news/inai.pdf



ok, itu sahaja, bye~
kalau typo ke  ada kekurangan ke ada terasa hati ke, saya minta maaf banyak-banyak....

wallahhu 'alam