Monday, October 12, 2015

Kisah Seorang Ulama' Dan Pramugari~

Iklan jap, klik here
------------





Seorang ulama' sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu'.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan sink.
(dengan suara dikeraskan..) 

Ulama': Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? 
(dengan suara lembut dan penuh rendah diri…)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari. 
(dengan sifat angkuh…) 

Ulama':  Maafkan saya jika kata-kata saya nanti membuatkan saudari terasa, Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari. 
(dengan sifat bersahaja….)



sekadar renungan bersama =]
credits : Amira Studio

Wednesday, October 7, 2015

"Asyik Berkepit Macam Belangkas jer"

Bismillahirrahmanirrahim...
Well, hello!
kenal tak binatang apa ni?



ni la dia belangkas. Pernah dengar tak pasal berkepit macam belangkas? ala.. dialognya lebih kurang macam ni la....


A: Eh, cuba kau tengok  dua beradik tu, macam belangkas dah, asyik berkepit jer.
B : a'ah...

[lebih kurang macam ni la kot ayat nya]


Sebenarnya tak pernah terlintas pon (kot) dalam hati apa ke benda itu belangkas. huhu kesian kan? sampai la masa ada majlis kat sekolah, penceramah tu cakap pasal hukum makan belangkas.


Pastu beliau cakap la rupa belangkas tu macam mana sebab ramai juga yang tak tahu macam mana rupa habitat ini. Dan hari ini baru la ada masa mahu search kat google maka, terhasil la entri ini. yeay! setelah sekian lama blog ini terabai.


Mesti ramai kan confuse halal tak makan belangkas kan? rupa pon macam penyu kan? penyu kan tidak halal dagingnya, tapi halal telurnya. Apabila dikaji, tahulah bahawa haiwan ini hidup bergantung kepada insang macam ikan. So, belangkas halal dimakan .


ok, ini sahaja kot yang pasal belangkas dalam entri ini.
kalau mahu  tahu lebih lanjut sila rajinkan diri anda meng'google' ya?


ni dalam wikipedia
ni hukum makan belangkas


akhir sekali, segala kesalahan fakta/info harap diperbetulkan. kalau ada silap, tolong cakap ya.


Monday, October 5, 2015

Make Ice Cream Like a Boss In Two Minutes!~


source: weheartit.com


Bismillahirrahmanirrahim...
Hai dan salam jumaat semua!


Wow,wow,wow! buat aiskrim hanya dalam dua minit jer. boleh percaya ker? macam mana tu? takkan letak dalam fridge 2 minit dah beku? haish, macam mustahil je kan.


tapi, rileks dulu, jom tengok video ni, kemuadian baru la ____________(isi sendiri punya)









hebak kan? tapi still confuse, dry ice ni tak bahaya ke nak makan? tapi kalau bahaya takkan dorang berani buat pulak kan? i wonder!


bye!~